Konsep bina rumah atas tanah sendiri merupakan sesuatu yang tidak asing bagi rakyat Kelantan & Terengganu kerana terdapat masih banyak tanah lot yang belum dimajukan. Memang tidak dinafikan masih ramai yang mempunyai tanah lot yang diwarisi sejak turun temurun, namun begitu terdapat juga mereka yang tidak mempunyai tanah. Namun adalah tidak menjadi masaalah untuk mereka bina tanah atas tanah lot sendiri kerana masih terdapat banyak lot-lot tanah yang tersedia untuk dibeli dan dimajukan.
MKA Development Sdn Bhd merupakan syarikat kontraktor bina rumah dan menawarkan perkhidmatan lengkap termasuk menyelesaikan semua masaalah berkaitan tanah, melukis pelan, menguruskan kelulusan pelan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan menguruskan pinjaman loan sama ada melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi penjawat awam atau pinjaman perumahan bank bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta.
Urusan bina rumah akan menjadi lebih mudah jika diuruskan oleh pihak yang berpengalaman seperti kami. Pelanggan tidak perlu